Semakan Upu dan Pohon Usm Online


Kepada pelajar - pelajar yang merupakan lepasan Program Matrikulasi , Program Asasi , Diploma dan yang setaraf ( Ijazah Pertama ) sesi Akademik  2012/2013  boleh melakukan semakan permohonan UPU / IPTA anda bermula dari minggu ke-2 julai bulan ini :-

Semakan Keputusan permohonan ke IPTA / Permohonan UPU ini boleh dibuat melalui :

1. Menghubungi talian 03-8883 5348 atau 03-88835858

2. Di Laman Web Berikut :  Laman Web Rasmi Upu .

3. Semakan melalui SMS : dengan menaip UPU MOHON ( NO IC ) dan Hantar kepada 15888


Penerimaan Tawaran :

1. Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran daripada IPTA dalam tempoh tujuh hari .

2. Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan .

3. Pihak IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya .

4. Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA yang berkenaan mulai pada tarikh yang sama . Sila rujuk Senrai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan . Maklumat terperinci akan diperolehi melalui surat tawaran ini .

Rayuan 

1. Sila buat permohonan e-Rayuan Lepasan SPM / Setaraf Sesi Akademik 2012/2013

2. Hanya calon yang gagal menerima tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar < Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja .

Maklumat

Sebarang maklumat pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukan kepada pihak UPU :

1. Talian 03-8883 5858 atau 03-8883 5848 atau 03-5801/5802 

2. Faks 03-8889 4260 

3. Emel : upu@mohe.gov.my

Pertanyaan juga boleh dikemukan terus kepada IPTA berkenaan , sila rujuk di Senarai Universiti Di Malaysia





Manakala , bagi pelajar diatas juga , yang telah memohon USM sebagai permohonan kedua selain UPU , hendaklah juga menyemak permohonan anda di sini Laman Web Rasmi Pohon@USM pada pertengahan bulan Julai .


Anda cuma perlu menyemak dengan menaip No Rujukan USM anda masing-masing serta bersama Kata Laluan anda .


Sebarang pertanyaan mengenai permohonan ke Program Pengajian di Universiti Sains Malaysia, Sidang Akademik 2012/2013 hendaklah dialamatkan kepada

SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
PEJABAT PENDAFTAR, ARAS 2,
BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
11800, USM, PULAU PINANG

Tel:   1300 888 876
Faks: 04 653 3328
E-mel: admissions@usm.my



No comments: