PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAN SEKOLAH SELAMAT

Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah Dan Sekolah Selamat 2012 , Berlansung di SMKCTI pada 11 - 15 Jun 2012 . Anjuran Unit Bimbingan Kaunseling Dan Pencegahan Dadah JK Sekolah Selamat SMKCTI .


Pengenalan :

Kebelakangan ini sering kita terdengar pelbagai berita yang mengejutkan yang terjadi kepada murid murid seperti terlibat dalam kegiatan tidak beromal yang boleh merosakkan pemikiran dan akhlak murid dan tahap keselamatan sekolah . Kini , penglibatan anak muda dalam kancah dadah , merempit , merokok , seks bebas dan sebagainya akan memmbawa kepada diri sendiri . Di samping itu juga , kurangnye pendedahan dan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan yang betul akan menyebabkan merebaknya penyakit denggi , H1N1 dan sebagainya . Selain itu , murid-murid juga perlu didedahkan tentang keselamatan diri baik di sekolah mahupun di rumah .


Objektif :

1. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni .
2. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah/rokok/HIV/AIDS dan penularan penyakit berjangkit seperti denggi , H1N1 dan sebagainya .
3. Meningkatkan pengetahuan dan penghayatan murid-murid tentang tahap keselamatan mereka semasa di rumah , di sekolah dan dimana-mana sahaja .
4. Memberi kesedaran kepada semua warga sekolah akan perlunya meningkatka kualiti hidup bagi menjamin keselamatan , kebersihan , kesejahteraan dan kesempurnaan hidup dan menikmati kehidupan yang lebih bermakna .
5.Membentuk kejelekitan(hubungan yang baik) dalam kalangan murid pelbagai kaum .

Tentatif Program :

ISNIN 11 JUN 2012 - Perhimpunan khas sempena pelancaran program ini .

SELASA 12 JUN 2012 - Kuiz dan Menulis Esei (BM/BI)

RABU 13 JUN 2012 - Teka Silang Kata dan Mengarang Sajak

KHAMIS 14 JUN 2012 - Pameran oleh - ( Agensi Anti Dadah , Kebangsaan , Pejabat Kesihatan , Polis dan Bomba


JUMAAT 15 JUN2012 - Melukis Poster














No comments: